PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang lebih dua jam melanda beberapa kawasan termasuk Selangor dan Kuala Lumpur petang ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir itu diramal berlaku sehingga pukul 4 petang ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pahang (Bentong, Bera dan Rompin); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol).
“Selain itu, Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi); Sabah: Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” menurut laman Facebook MetMalaysia hari ini.
Kata jabatan itu lagi, amaran cuaca tersebut dikeluarkan susulan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.- UTUSAN