ORANG ramai mengambil kesempatan sempena cuti umum semalam untuk beriadah bersama keluarga di lokasi-lokasi menarik di sekitar ibu kota.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Aquaria KLCC untuk melihat hidupan akuatik.
Pengunjung memanfaatkan sepenuhnya peluang cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu untuk mengisi masa terluang dan merapatkan hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti santai dan menyeronokkan. – UTUSAN