Remaja ugut bunuh ibu, tiga adik kerana dilarang guna motosikal

Remaja ugut bunuh ibu, tiga adik kerana dilarang guna motosikal

RUMAH di Bandar Perdana yang melibatkan kejadian seorang anak tergamak mengugut bunuh ibu dan tiga adiknya di Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Berang dilarang menggunakan motosikal, seorang remaja lelaki sanggup menghunus pisau dan mengugut bunuh ibu dan tiga adiknya dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Perdana, di sini petang semalam.

Remaja berumur 20 tahun itu dikatakan bertindak demikian kira-kira pukul 2 petang selepas ibunya yang berumur 40 tahun enggan membenarkan dia menggunakan motosikal jenis Honda C70 miliknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, sebelum itu remaja terbabit yang bekerja di sebuah kilang di daerah ini telah keluar meninggalkan rumah selama tiga hari dan menggunakan motosikal terbabit tanpa kebenaran ibunya.

“Tengah hari semalam, remaja terbabit pulang ke rumah dan selepas dimarahi ibunya serta tidak dibenarkan menggunakan motosikal itu lagi dia mula mengamuk.

“Tindakan remaja itu semakin ganas apabila dia memegang sebilah pisau sambil mengugut untuk membunuh ibu dan tiga adiknya yang lain menyebabkan ibunya segera menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Kata Zaidy, bertindak atas laporan ibunya, sebuah kereta peronda yang sedang melakukan tugasan di kawasan berhampiran dikerah ke rumah itu sebelum dua anggota kemudiannya berjaya menahan remaja terbabit.

“Semakan rekod mendapati remaja itu tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah lampau tetapi ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamin.

“Kita sedang menyiapkan dokumen untuk permohonan reman remaja terbabit bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya