Pusat karaoke terbakar kali kedua - Utusan Malaysia

Pusat karaoke terbakar kali kedua

ANGGOTA bomba memadam kebakaran kali kedua yang berlaku di sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebuah pusat karaoke yang pernah terbakar sehingga mengorbankan tiga nyawa di Jalan Putra, Mergong di sini kira-kira tiga bulan lalu terbakar sekali lagi, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, kebakaran kali ini bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kematian atau kecederaan.

Menurutnya, JBPM menerima laporan mengenai kejadian itu menerusi talian kecemasan 999 pada pukul 10.18 pagi.

“Sebaik menerima laporan, sebanyak 25 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi bersama beberapa jentera. Api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian dan anggaran kemusnahan dianggarkan sebanyak 70 peratus.

“Pemeriksaan awal dijalankan mendapati tiada mangsa yang terperangkap dalam premis tersebut. Begitu pun kerja-kerja overhaul masih dijalankan dan punca kejadian masih disiasat,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.19 pagi, 22 April lalu, seramai tiga pengunjung pusat karaoke itu maut setelah pusat karaoke tersebut terbakar buat kali pertama.

Tiga individu tersebut dikenali sebagai Mak Barry dan Jeffry Tan Wui yang masing-masing berusia 30 tahun serta seorang mangsa wanita, Kim Mei Ki, 31, dipercayai bermalam di pusat karaoke tersebut dan tidak sempat menyelamatkan diri apabila kejadian berlaku.

Ketika itu, pihak bomba berdepan beberapa kesukaran mencari individu terlibat memandangkan terlalu banyak bilik yang terdapat di premis tersebut, sehingga anggota penyelamat perlu mendapatkan lakaran kasar daripada pengurus pusat karaoke berkenaan bagi mencari mangsa. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya