Polis sahkan ikon permotoran disaman - Utusan Malaysia

Polis sahkan ikon permotoran disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengesahkan pengeluaran saman terhadap seorang ikon permotoran, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, saman berkenaan dikeluarkan kira-kira pukul 11.30 malam menerusi operasi motosikal dan pelbagai kesalahan di Jalan Raja Laut, dekat sini.

Kata beliau, tindakan saman diambil terhadap sebuah kenderaan jenis Audi berwarna hitam di atas kesalahan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tidak mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian hadapan kenderaan.

“Selain itu, tindakan saman dikeluarkan terhadap ikon berkenaan kerana memandu tanpa lesen memandu,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, kata Azmi, dalam operasi tersebut, sebanyak 146 jumlah saman  dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Selain itu, kata beliau, sebanyak tiga buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik ( JSPT ), Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya