Polis cari tujuh pemandu memotong secara berbahaya - Utusan Malaysia

Polis cari tujuh pemandu memotong secara berbahaya

SALAH sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pihak polis sedang mengesan tujuh pemandu kenderaan bernombor pendaftaran asing yang memandu secara berbahaya di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kesemua mereka dikesan melakukan perbuatan itu menerusi rakaman video yang tular dalam Facebook pada Ahad lalu.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah mengesan rakaman klip video dalam laman Facebook berkenaan sekumpulan konvoi tujuh buah kenderaan yang memandu dan memotong secara berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut dilakukan di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, arah Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar.

“Nombor pendaftaran kereta yang telah dikenal pasti adalah kereta berwarna kuning nombor pendaftaran SLW3839P,  kereta berwarna putih nombor pendaftaran EN403M, kereta berwarna merah nombor pendaftaran SKH3888M.

“Turut dikesan kereta berwarna merah nombor pendaftaran SMG80C, kereta berwarna hitam nombor pendaftaran SBA479Z, kereta berwarna kuning nombor pendaftaran SMZ986P juga kereta berwarna putih nombor pendaftaran SNF19A,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Polis memohon kerjasama pemilik kenderaan supaya dapat hadir ke BSPT Kota Tinggi bagi membantu proses siasatan di bawah Kaedah 6(1) LN166/59, iaitu memotong secara berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya