PM arah wakil MTUC dilantik Ahli Lembaga Pengarah GLC, GLIC

PM arah wakil MTUC dilantik Ahli Lembaga Pengarah GLC, GLIC

Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia di Hotel Marriot di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai Ahli Lembaga Pengarah mereka.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah.

Katanya, perkara itu juga sebagai usaha menambah nilai kepada ketelusan dalam syarikat GLC dan GLIC.

“Menjadi harapan kerajaan supaya wakil pekerja berkenaan turut memainkan peranan dalam urusan pentadbiran nanti.

“Golongan pekerja seharusnya sama-sama menjaga kestabilan, perpaduan dan hubungan industri bukan hanya dalam kalangan pekerja tetapi juga kerajaan dan majikan bagi kejayaan proses pembangunan negara.

“Kepentingan kaum pekerja dan negara perlu diselaraskan dan semua sikap tidak bertanggungjawab dikikis kerana ia bukan sahaja menjejaskan kepentingan kaum pekerja, malah turut mengganggu sistem masyarakat dan menghalang usaha mencapai perhubungan industri yang harmoni,” kata beliau, di sini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan MTUC kali ke 42 di Auditorium Dewan Ungku Aziz Fakulti Pergigian, Universiti Malaya, hari ini.

Dalam pada itu, sebagai badan induk yang memperjuangkan hak dan nasib pekerja, Perdana Menteri berkata, MTUC juga perlu prihatin terhadap keperluan ahli kesatuan khususnya yang tergolong dalam kumpulan B40 dan kelompok miskin tegar.

“Pendekatan Keluarga Malaysia bermatlamat untuk memastikan tidak ada seorang pun ahli keluarga kita tertinggal dan hidup melarat.

“Saya memahami keadaan ini kerana asal usul saya dikelilingi dengan kemiskinan.

“Oleh itu, saya dengan rendah hati mengajak semua pemimpin dan ahli kesatuan untuk turut bersama saya menjayakan visi Keluarga Malaysia dan sekaligus bersama-sama membangunkan negara tercinta ini,” jelas beliau.- UTUSAN

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya