Pihak pendakwaan diarah serah salinan percakapan saksi utama

Pihak pendakwaan diarah serah salinan percakapan saksi utama kepada mahkamah

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) hadir bagi keputusan permohonan pihak pembelaan dalam perbicaraan kes pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.  - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan pasukan pendakwaan untuk menyerahkan salinan rakaman percakapan saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim Razali yang dirakam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020 lalu kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, beliau belum memutuskan sama ada salinan percakapan saksi itu akan diberikan kepada pihak pembelaan dan arahan itu adalah bagi penelitian sebelum tindakan lanjut ditentukan.

Azhar memutuskan demikian selepas meneliti dan mendengar hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan bersetuju bahawa pihak pembelaan berjaya menunjukkan wujud perbezaan keterangan lisan yang diakui oleh pasukan pendakwaan.

Hakim itu membuat keputusan tersebut ketika prosiding mencabar kredibiliti Rafiq Hakim sebagai saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 29, yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, menyalahgunakan harta serta pengubahan wang haram. 

Jumaat lalu, pihak pembelaan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pernyataan saksi utama dalam kes Syed Saddiq yang direkodkan oleh SPRM pada 2020 semasa siasatannya.

Berdasarkan hujah peguam bela, Gobind Singh Deo, pernyataan Rafiq Hakim itu akan dijadikan asas bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding mencabar kredibiliti beliau pada perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Syed Saddiq.

Permohonan bagi mencabar kredibiliti Rafiq yang ketika itu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dikemukakan ekoran keterangan lisannya di mahkamah bercanggah dengan pernyataan yang direkodkan SPRM semasa siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya