Perlis perlu lakukan promosi tarik pelancong Jepun

Perlis perlu lakukan promosi tarik pelancong Jepun

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) pada majlis penyerahan sumbangan zakat kepada Masjid As-Salaam Okachimachi di Taito-ku, Tokyo sempena keberangkatan baginda ke Jepun hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar kerajaan negeri dapat melakukan promosi bagi menarik pelancong dari Jepun ke negeri ini.

Baginda bertitah, Perlis perlu cuba mempromosikan budaya, cara hidup masyarakat, kepelbagaian makanan dan alam semula jadinya kepada pelancong Jepun yang berkunjung ke kawasan utara tanah air.

Titah baginda, selain itu, aspek keselamatan dan kebersihan di negeri ini juga seharusnya sentiasa dititikberatkan dalam usaha menarik minat pelancong dari negara berkenaan.

“Aspek keselamatan dan kebersihan mestilah sentiasa dititikberatkan memandangkan ia menjadi faktor utama pelancong dari negara itu untuk memilih destinasi pelancongan mereka,” titah baginda selepas majlis penyerahan sumbangan zakat kepada Masjid As-Salaam Okachimachi di Taito-ku, Tokyo sempena keberangkatan baginda ke Jepun hari ini.

Dalam majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan memberikan kesempatan kepada Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Tokyo, Ahmad Junaidy Yahaya untuk menyerahkan sumbangan zakat MAIPs itu kepada Pegawai Pentadbir As-Salaam Foundation, Marjuk San.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Dalam pada itu, Ahmad Junaidy berkata, Pejabat Tourism Malaysia di Tokyo juga sedang mempergiatkan usaha mempromosikan negara ini di Jepun untuk tujuan pelancongan.

“Langkah pemulihan pasaran sedang giat dilaksanakan bagi mengembalikan keyakinan pasaran Jepun untuk kembali memilih Malaysia sebagai destinasi percutian utama.

“Negeri Perlis juga boleh dipromosikan khususnya kepada pelancong Jepun yang berhasrat untuk berkunjung ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi bagi menyahut saranan Tuanku Raja Muda Perlis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya