Perkelahian dalam perkahwinan itu satu kewajipan - Dr. Say

Perkelahian dalam perkahwinan itu satu kewajipan – Dr. Say

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Muhammad Shazril Shaharuddin atau Dr. Say menafikan miliki rumah tangga sempurna tanpa perselisihan dengan isteri, Azura Abas.

Dr. Saya menerusi Instagram mengakui seperti pasangan lain, dia dan isteri adakalanya ‘berkelahi’

“Mungkin ada yang ingat hubungan saya dan isteri sempurna, indah belaka tak ada perselisihan, bahagia selalu.

“Izinkan saya tekankan, perkelahian dalam perkahwinan itu satu kewajipan. Tambahan lagi, baru sahaja kelahi.

“Tapi mujur bini saya jenis ‘persistent’, dia tahu saya jenis ‘tak cakap mulut’ maka dia WhatsApp saya, buat segala luahan hati,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, bapa dua cahaya mata itu berkongsi nasihat kepada pasangan bercinta agar kenal hati budi pasangan masing-masing sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga.

“Ada yang takut nak kahwin, takut dapat pasangan yang tak sepadan. Namun, perkahwinan umpama kerjaya atau perniagaan yang akan dilanda ketidaktentuan, turun naik.

“Apa yang boleh anda lakukan adalah lengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan tanya orang yang lebih arif dalam bidang atau perniagaan tertentu.

“Sama macam perkahwinan, kalau boleh kenal isi hati, budi pekerti teman lelaki atau wanita dan reaksi teman lelaki atau wanita masa dia marah,” kongsinya lagi.

Dr. Say dan Azura diijabkabulkan pada Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya