Perjuangan Tok Jebek dalam sejarah Kesultanan Pahang

Perjuangan Tok Jebek dalam sejarah Kesultanan Pahang

ARIPIN Said (tengah) menunjukkan Bendera Tok Jebek dalam forum berkaitan ketokohan pahlawan Mat Kilau di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Nama Tok Jebek atau Pang­lima Gajah Tunggal Datuk Setia pastinya tidak asing bagi ‘orang lama’ di negeri ini, namun dalam kalangan generasi muda, tentunya tidak mengenali siapa sebenarnya tokoh berkenaan.

Tok Jebek adalah anak kepa­da Imam Perang Mohd. Akil Bo­hor merupakan pembesar Ber­lapan pada zaman Sultan Pahang pertama kesultanan mo­den Pahang, Al-Marhum Sultan Ah­mad Al-Muadzam Shah.

Tok Jebek selaku Panglima Gajah Tunggal Datuk Setia me­rupakan ketua panglima angkatan tentera kepada Wan Ahmad dalam perang saudara Pahang, juga dikenali sebagai Perang Ben­­dahara dari 1857 hingga 1863.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya, Pengangkutan dan Ke­sihatan negeri, Datuk Seri No­rolazali Sulaiman berkata, berdasarkan fakta itu, Tok Jebek se­orang tokoh penting dan ba­nyak berjasa dalam sejarah ke­tamadunan Pahang dan negara dalam akhir abad ke-19 dan 20.

“Melalui jasa dan kehebatannya memimpin pasukan perang membantu lahirnya kesultanan Melayu Pahang,” katanya selepas Majlis Bual Bicara Sejarah Bera bersama pewaris sejati Pahlawan Pahang itu, di sini semalam.

Norolazali berkata, jasa Tok Jebek kepada Al-Marhum Sultan Ahmad mendorong baginda melantik Tok Jebek sebagai Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan ‘Bendera Kuasa’ secara turun-temurun.

Katanya, bendera pusaka tinggalan Tok Jebek berusia lebih 154 tahun anugerah Sultan Ahmad masih disimpan oleh piutnya, Prof. Datuk Dr. Aripin Said, anak kelahiran Kampung Bohor di daerah ini.

Sementara itu Aripin berkata, Tok Jebek dilahirkan di Kampung Bohor pada 1842 dan berangkat ke Mekah pada 1924 menunaikan fardu haji, kemudiannya tinggal di Tanah Suci mendalami ilmu Islam serta dikhabarkan turut menjadi guru di sana.

Beliau berkata, sebuah Persatuan Sejarah Daerah Bera perlu ditubuhkan bagi mendokumentasi sejarah Tok Jebek dan lain-lain tokoh pahlawan dan ulama di daerah ini.

Sementara itu Aripin berkata, Tok Jebek dilahirkan di Kampung Bohor pada 1842 dan berangkat ke Mekah pada 1924 menunaikan fardu haji, kemudiannya tinggal di Tanah Suci mendalami ilmu Islam serta dikhabarkan turut menjadi guru di sana.

Beliau berkata, Tok Jebek menerima bendera anugerah Sultan Ahmad di Istana Pulau Tawar pada 1867 bagi mengenang jasanya terlibat dalam perang saudara di Pahang dan perang Kelang di Selangor (1869-1873).

Katanya, bendera tersebut merupakan sehelai kain kapas berwarna hijau mempunyai logo grafik bunga melur empat kelopak berwarna putih.

Menurutnya, warna hijau membawa maksud negeri ini aman dan makmur, manakala empat kelopak bunga melur adalah kawasan pentadbiran Tok Jebek di wilayah Bohor iaitu timur, barat, utara dan selatan.

Tambah beliau, keakraban Sultan Ahmad dengan Tok Jebek terbukti apabila baginda meminjam baju panglimanya itu kerana baju rasmi tertinggal di Pekan dalam Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar) pertama 1897, di Istana Negara, Kuala Kangsar Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya