Perhilitan pindah gajah jantan liar   - Utusan Malaysia

Perhilitan pindah gajah jantan liar  

SEEKOR gajah jantan liar dipindahkan dalam satu operasi di Kampung Pak Ba, Setiu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memindahkan seekor gajah jantan liar  seberat kira-kira 2.5 tan di kawasan kebun sawit Paloh Licong, Kampung Pak Ba, di sini, semalam.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, operasi memindahkan mamalia berkenaan dibantu dua gajah denak betina iaitu Deka dan Suria dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Dekar di sini.

Menurut beliau, gajah liar yang memusnahkan tanaman penduduk sejak bulan lepas itu terlebih dahulu berjaya ditangkap pada Khamis lalu.

“Operasi menjejak haiwan berkenaan diaktifkan selepas menerima aduan penduduk berhubung gangguan gajah di beberapa kampung iaitu Kampung Pak Ba, Kampung Pengkalan Merbau dan Kampung Banggol Setar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, haiwan tersebut kemudian dipindahkan dalam satu operasi bermula pada pukul  8 pagi hingga 2 petang, semalam.

Katanya, operasi tersebut melibatkan  kekuatan 23 anggota terdiri daripada kakitangan Perhilitan Terengganu serta Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

“Gajah liar tersebut dipindahkan ke Taman Negara,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya