Peralihan kepimpinan UPKO hanya selepas PRU-15

Peralihan kepimpinan UPKO hanya selepas PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Peralihan kepimpinan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) termasuk jawatan Presiden hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Itu antara usul yang dikemukakan dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tri-Tahunan UPKO Bahagian Tuaran hari ini.

Ketua Pemuda UPKO Tuaran, Rayner Ebi berkata, beliau mencadangkan agar peralihan kepimpinan terutama bagi jawatan presiden dilakukan selepas PRU-15 bagi memberi ruang kepada parti untuk fokus kepada usaha memenangi pilihn raya.

“UPKO kini berada pada tahap yang paling mencabar kerana hanya mempunyai seorang wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen.

“Maka, segala usaha perlu difokuskan kepada momentum untuk memenangi lebih banyak kawasan Parlimen pada PRU-15 nanti.

“Kita juga mengambil iktibar budaya amalan UPKO iaitu peralihan jawatan presiden parti sebelum ini daripada Tan Sri Bernard Dompok kepada Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bukan dibuat melalui pertandingan.

“Jadi budaya ini telah menunjukkan kesan positif kepada kemantapan, kekukuhan dan kekuatan parti,” katanya.

Rayner berkata, jika dilihat parti-parti politik besar seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak mengadakan pemilihan presiden dalam parti mereka. Malah, UMNO pun tidak mahu mengambil risiko mengadakan pemilihan presiden pada masa ini.

Menurut beliau, semua parti sedang memberi tumpuan untuk memenangi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, pertandingan dalam parti menjelang PRU sedikit sebanyak akan mengalihkan tumpuan dan memberi kesan kepada keyakinan dalaman dan luaran terhadap UPKO.

Justeru, menyedari hakikat itu, UPKO tidak akan mendedahkan diri kepada risiko kerosakan yang bakal timbul jika berlaku pertandingan jawatan presiden Parti.

Pada Mei lalu, Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick secara terbuka menyahut cabaran untuk bertanding jawatan presiden parti yang kini disandang oleh Madius Tangau.

Ewon berkata, majoriti ahli UPKO mahu penjenamaan parti dipakejkan melalui peralihan kepimpinan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya