Perak bentang RUU pengurusan sumber air - Utusan Malaysia

Perak bentang RUU pengurusan sumber air

SAARANI Mohamad ketika membentangkan RUU Sumber Air pada sidang DUN Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/URUSETIA DEWAN NEGERI PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Air Perak 2022  pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembentangan RUU itu bertujuan menggantikan Akta Air 1920 (Akta 418) dan undang-undang yang berhubung dengannya serta menubuhkan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak.

Menurut Saarani, terdapat keperluan dasar untuk menggubal satu undang-undang negeri baharu yang teratur dan menyeluruh berkaitan pengurusan air.

Beliau berkata, ini kerana sehingga kini pengurusan sumber air di Perak masih dikawal selia berdasarkan kepada peruntukan Akta Air 1920 (Akta 418) yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai daerah di negeri ini dan tiada badan khusus yang boleh menjadi rujukan utama untuk kawal selia sumber air tersebut.

“Ketiadaan badan khusus ini menyebabkan kawal selia ke atas penggunaan sumber air negeri tidak dapat dioptimumkan khususnya dari aspek pelesenan dan penguatkuasaan yang melibatkan sumber air,” katanya kepada berucap pada pembentangan RUU Sumber Air Perak 2022 di sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Saarani berkata, RUU Sumber Air Perak 2022 yang telah digubal mengandungi 94 fasal peruntukan yang dibahagikan kepada sembilan bahagian iaitu permulaan, pentadbiran, kewangan, pengurusan dan perlindungan sumber air, penggunaan sumber air dan perlesenan, penguatkuasaan, kesalahan dan penalti serta pemansuhan dan kecualian.

Beliau berkata, penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak bertujuan untuk mengawal selia penggunaan sumber air negeri secara optimum khususnya dari aspek mengawal selia kualiti dan kuantiti sumber air di negeri ini.

Katanya, ia juga untuk menjaga kepentingan negeri dalam aspek pengurusan, pembangunan dan penggunaan sumber air di negeri ini dengan lebih sistematik.

Saarani berkata, di bawah RUU Sumber Air Perak 2022 juga akan membantu kerajaan negeri menjana hasil baharu melalui kutipan hasil penggunaan sumber air di mana hasil kutipan akan digunakan semula bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan sungai-sungai atau sumber air di negeri ini.

“Pada masa sama kita juga membuka ruang dan peluang pekerjaan baru kepada rakyat negeri Perak bagi menjana ekonomi setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya