Penggantungan Ahli Parlimen Kota Belud masih berkuat kuasa

Penggantungan Ahli Parlimen Kota Belud masih berkuat kuasa

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penggantungan Ahli Parlimen Kota Belud dari Parti Warisan (Warisan), Isnaraissah Munirah Majilis selama dua hari daripada berbahas di Dewan Rakyat semata-mata mempersoal penolakan usulnya mengenai tuntutan Sulu masih berkuat kuasa.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, mengikut kefahamannya setelah melihat ‘adegan panas’ yang berlaku semalam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd. Rashid yang mempengerusi majlis semalam hanya bersetuju menarik semula penggantungan itu jika Isnaraissah duduk dan membenarkan prosiding berjalan seperti biasa. 

Sebelum itu, Datuk Rozman Isli (Warisan) bertanya kepada Azhar Azizan jika penggantungan sahabatnya masih berkuat kuasa atau sudah ditarik semula. 

Azhar Azizan: “Sefaham saya masih berkuat kuasa.”

Rozman: “Semalam setelah kita (pembangkang) meminta ia ditarik balik oleh Timbalan Yang Dipertua berkata ia boleh ditarik balik?”

Azhar Azizan: “Begini, saya tiada pada waktu itu tapi saya melihat televisyen dari pejabat saya. Sefaham saya Timbalan Yang Dipertua berkata beliau bersetuju menarik balik sekiranya YB (Isnaraissah) duduk dan membiarkan prosiding diteruskan. Tetapi, syarat itu tidak dipenuhi, jadi, tidak ditarik baliklah.”

Rozman: “Oh, yang kami dengar dengan syarat-syarat dia kata dan tidak beritahu syarat-syaratnya.”

Azhar: “Ada, saya tengok sendiri secara peribadi.” 

Semalam, Isnaraissah dihalau keluar Dewan Rakyat dan digantung dua hari berikutan tindakannya mempersoal usul yang ditolak tentang tuntutan Sulu.

Beliau mempersoal tahap yang membolehkan supaya usul itu dibahas di Dewan Rakyat kerana isu tuntutan Sulu melibatkan kedaulatan negara dan negeri Sabah, ketika usul tersebut telah ditolak tiga kali. 

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub kemudian turut bangun dengan menjelaskan yang usul beliau turut ditolak dengan alasan subjudis.

Dengan membawa akhbar Utusan Malaysia sebagai bukti yang ia merupakan isu tumpuan dunia, Salahuddin berkata, pihaknya bukan mempertikai keputusan Speaker, namun rakyat perlu mendapat penjelasan daripada menteri yang bertanggungjawab terhadap isu itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya