PETALING JAYA: Pengasas syarikat hartanah MK Land, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.45 pagi ini.
Jenazah Allahyarham masih di IJN dan pihak keluarga sedang melakukan persiapan untuk proses selanjutnya.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. – UTUSAN