Pencemaran sumber air: LRA Sungai Langat, Sungai Kabul berpotensi henti tugas - Utusan Malaysia

Pencemaran sumber air: LRA Sungai Langat, Sungai Kabul berpotensi henti tugas

ANGGOTA penguat kuasa LUAS meletakkan beg Serbuk Karbon Teraktif ke dalam sungai yang dikesan berlaku pencemaran Sungai Langat dan Sungai Kabul, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua insiden pencemaran sumber air yang berpotensi menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) dikesan melibatkan Sungai Langat dan Sungai Kabul minggu ini.

Perkara itu dikesan menerusi rondaaan dan pemantauan selama 24 jam yang dilaksanakan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

LUAS dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengesan tompokan seakan-akan minyak dalam insiden pertama di Sungai Langat, Selasa lalu.

“Ia berpotensi mengganggu operasi LRA Semenyih 2, Bukit Tampoi dan Labohan Dagang dengan jarak dengan lokasi kejadian antara 7.38 hingga 31.18 kilometer (km).

“Siasatan LUAS ke beberapa lokasi termasuk Kampung Sungai Tangkas dan beberapa premis serta tapak kerja tanah tidak menemui sebarang kesan tompokan atau bau abnormal,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, pencemaran bau seakan-akan cat sebanyak dua ton turut dikesan dengan keadaan fizikal air kelihatan putih dan kehijauan di Sungai Kabul, semalam.

Menurut kenyataan itu, LUAS mengambil tindakan nyah bau dengan meletakkan enam beg Serbuk Karbon Teraktif dan pensampelan air sungai.

“Siasatan di lokasi premis pembinaan yang disyaki menemukan bau seakan-akan cat di udara namun tiada sebarang bau pada efluen pencucian tersebut. Aliran di sungai itu juga didapati tidak berbau dan tiada warna kehijauan dan keadaan air adalah normal,” katanya.

LUAS memantau rapi status dua insiden itu dan meneruskan pemantauan tanpa henti bagi memastikan kelangsungan sumber air Selangor sentiasa terpelihara.

“Kedua-duanya berjaya ditangani segera  dan tiada sebarang gangguan operasi LRA dilaporkan. Semua pihak diseru prihatin terhadap aktiviti yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air  terutama sungai,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, semua pihak diharap mengawal efluen daripada aktiviti masing-masing.

“LUAS amat mengalukan penglibatan untuk bersama memulihara persekitaran dan sumber air. Perbuatan membuang atau melupuskan itu boleh mengancam kelancaran fungsi LRA sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air terawat,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya