Pembinaan Empangan Sg. Lebir, Gua Musang peringkat kelulusan

[Sidang DUN] Pembinaan Empangan Sg. Lebir, Gua Musang masih peringkat kelulusan

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek pembinaan Empangan Sungai Lebir masih dalam peringkat kelulusan dasar dan mungkin akan memakan masa lama sebelum ia dimulakan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, bidang kuasa kerajaan negeri hanya memberikan kelulusan dasar dan seterusnya akan diangkat ke peringkat kerajaan pusat melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Menurutnya, buat masa ini kerajaan negeri sedang menunggu kelulusan dan peruntukan daripada KASA sebelum ia dapat dimulakan.

“Bila boleh bermula adalah bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada pihak kementerian. Jika cepat kelulusan itu maka cepatlah bermulanya projek itu.

“Berdasarkan pengalaman, pelaksanaan projek berskala besar seperti ini akan memakan masa bertahun-tahun sebelum boleh dimulakan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Arifin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

ADUN Pancor itu memberi contoh, projek pembinaan Empangan Nenggiri juga mengambil tempoh masa yang lama untuk mendapat kelulusan.

Katanya, apabila diluluskan, ia memerlukan penelitian teknikal berkait aspek-aspek perlu dan selepas semuanya diluluskan barulah projek boleh dimulakan.

“Sebab itulah di tapak pembinaan Empangan Nenggiri baru saja dibuat majlis pecah tanah. Projek pembinaan akan melibatkan banyak kampung, penempatan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan beberapa kawasan Orang Asli.

“Walau bagaimanapun kerajaan negeri merasakan perkara ini akan dapat diatasi dengan mengambil langkah sepertimana di projek pembinaan Empangan Nenggiri,” ujarnya.

Mohd. Amar berkata, antara langkah diambil ialah dengan menyediakan penempatan semula kepada mereka yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya