Pembelaan hari ketiga Shahrir Samad tegang

Pembelaan hari ketiga Shahrir Samad tegang

SHAHRIR Ab. Samad didakwa membuat pembayaran penuh ketika membeli kereta Honda Civic Hybrid dengan harga RM118,485, sembilan tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbicaraan hari ketiga Tan Sri Shahrir Ab. Samad sedikit tegang apabila pembelaan, saksi dan pendakwaan saling bertikam lidah mengenai maklumat penggajian bekas kes bekas Pengerusi Felda itu bermula dari tahun 1978.

Pada tahun tersebut, Shahrir memulakan kariernya sebagai penjawat awam dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri selepas berjaya memenangi pilihan raya umum bagi Parlimen Johor Bahru.

Terdahulu, saksi pendakwaan pertama, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Parlimen, Rosli Mat Jinun memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak boleh membawa dokumen sebagaimana yang dimohon oleh peguam bela, Datuk Firoz Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, pada Selasa lalu.

Ujarnya, dia tidak boleh mengakses dokumen-dokumen tersebut kerana rekod-rekod berkenaan telah dilupuskan.

Saksi itu berkata demikian ketika dipanggil semula untuk menyambung sesi soal balas.

Firoz mempertikaikan kenyataan tersebut dengan menyatakan penyataan saksi Rosli sendiri telah menunjukkan gaji serta elaun yang diterima Shahrir pada 1978 dan juga pada 2015 sekaligus membuktikan bahawa rekod tersebut masih berada di Parlimen.

Firoz: Jadi dari mana kerani kamu dapat maklumat ini. Kalau daripada fail, boleh bawa fail yang kamu dapat maklumat ini? Saya nak kamu buat pengiraan pendapatan dan elaun sejak 1978.

Rosli: Dokumen melibatkan kewangan, ini saya tidak boleh nak akses. Tetapi fail peribadi (Shahrir) saya boleh bawa tetapi saya tak boleh kira, itu bukan kerja saya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali kemudian bangkit dan mempersoalkan relevan pihak pembelaan memohon dokumen penggajian sejak 44 tahun lalu untuk dikemukakan ke mahkamah.

“Pendapatan yang diperoleh oleh Shahrir sangat relevan. Beliau menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan kerana tidak melaporkan pendapatan yang diterimanya kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

“Tetapi kami akan buktikan bahawa wang RM1 juta yang diterimanya adalah wang yang dibayar balik kepadanya (reimbursement) kerana beliau (Shahrir) telah mendahulukan wangnya. Jadi, maklumat penggajian ini adalah penting buat pembelaan,” katanya.

Tambah peguam itu lagi, wang yang dibayar balik merupakan sesuatu yang dikecualikan daripada cukai.

Firoz berkata demikian pada hari ketiga perbicaraan kes Shahrir yang didakwa tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013.

Cek itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 24 April 2014 di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April, 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil HUssin bersambung 8 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya