Pemandu lori rempuh 11 kenderaan miliki 33 saman lampau

Pemandu lori rempuh 11 kenderaan miliki 33 saman lampau

PEMANDU lori (depan) yang terlibat dalam kemalangan merempuh 11 buah kenderaan di Tambak Johor semalam dikenakan perintah tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor semalam mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 34 tahun itu juga mempunyai enam saman yang belum dijelaskan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan bagaimanapun mendapati pemandu berkenaan negatif dadah,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Pemandu tersebut kini ditahan reman tiga hari bermula hari ini dengan perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Melody Woon Sze Mun.

Dia yang memakai baju  berwarna hitam dan berseluar jeans biru tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru dalam keadaan bergari kira-kira pukul 10 pagi.


TANGKAP layar memaparkan sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan di Tambak Johor menghala ke Singapura.

Semalam, media melaporkan sebuah lori yang membawa  muatan habuk batu dipercayai mengalami masalah kerosakan teknikal merempuh 11 di laluan Tambak Johor menghala ke Singapura.

Kemalangan pada pukul 9.25 pagi itu melibatkan 12 kenderaan, iaitu masing-masing sebuah lori, bas dan van serta sembilan kereta dengan enam daripadanya merupakan kenderaan berdaftar di Malaysia dan enam yang lain bernombor pendaftaran Singapura.

Namun, kemalangan yang disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak melibatkan kecederaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN