Pasar raya sorok minyak masak peket diserbu  - Utusan Malaysia

Pasar raya sorok minyak masak peket diserbu 

SEBUAH pasar raya di Kota Warisan, Sepang diserbu KPDNHEP selepas disyaki menyembunyikan bekalan minyak masak peket bersubsidi. -KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah pasar raya di Kota Warisan, Sepang yang disyaki menyembunyikan bekalan minyak masak peket bersubsidi  diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kelmarin.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, dalam serbuan itu sejumlah 1,944 unit minyak masak peket bernilai RM4,860  dan dokumen urus niaga dirampas.

“Dokumen deklarasi maklumat berhubung keberadaan sebenar bekalan minyak masak bersubsidi peket satu kilogram gagal dikemukakan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan disyaki wujud perlakuan tidak beretika oleh peniaga iaitu menjual dan membekalkan barang kawalan secara penjualan bersyarat kepada pelanggan.

Ini termasuk menyimpan sejumlah minyak masak bersubsidi di stor premis berkenaan. 

Kata beliau, premis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 19 AKB 1961 kerana menjual barangan kawalan berjadual secara bersyarat dan di bawah Seksyen 16A (1)(b) kerana enggan menjual barang berjadual kepada pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya