Pas cadang sidang khas Parlimen tangani isu harga barang, kos sara hidup

Pas cadang sidang khas Parlimen tangani isu harga barang, kos sara hidup

Rakyat kini mdnanggnhg kos sara hdiup tinggi ekoran harga makaan yang semakin meningkat-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyarankan satu sidang khas Parlimen diadakan bagi menangani isu harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Menurut Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin, perkara itu antara tiga cadangan Pas dalam membantu menyelesaikan kenaikan itu. 

“Selain itu, kerajaan juga perlu mengadakan perbincangan bersama ketua parti politik dan pembangkang serta melaksanakan kredit bersasar bantuan bulanan melalui kad pengenalan atau e-dompet,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook parti itu, hari ini. 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebelum ini merekodkan sebanyak 80 peratus komponen makanan dalam kumpulan makanan dan minuman mencatatkan peningkatan.

Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan tidak akan meminta rakyat supaya ‘ikat perut’ seperti yang disarankan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu berikutan kenaikan kos barangan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebaliknya kerajaan berusaha mencari kaedah membantu rakyat mengatasi kenaikan harga barang menerusi pemberian subsidi terhadap barangan kawalan. 

Beliau berkata, kerajaan mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barang. 

Katanya, antaranya subsidi harga ayam RM700 juta, RM28 bilion untuk subsidi petrol dan diesel serta RM70 bilion subsidi barangan pengguna.  –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN