Nurul Izzah dilantik semula sebagai Naib Presiden PKR

Nurul Izzah dilantik semula sebagai Naib Presiden PKR

Nurul izzah
NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilantik semula sebagai Naib Presiden PKR.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam tadi sekali gus menyaksikan pemimpin pembangkang berusia 42 tahun itu kembali menyandang jawatan tersebut selepas meletak jawatan pada Disember 2018. 

PKR juga melantik Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Awang Sahari dan Saraswathy Kandasamy sebagai Naib Presiden.

Turut dilantik semula ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution yang kembali memegang jawatan Setiausaha Agung PKR bagi sesi 2022-2025.

Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kini dilantik sebagai Ketua Penerangan PKR baharu menggantikan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong pula dilantik sebagai Bendahari PKR baharu.

PKR turut melantik lima Ahli MPP baharu iaitu Datuk Christina Liew, Rodziah Ismail, Manivanan Gowin, R. Yuneswaran dan Abun Sui Anyit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya