Nenek galas tugas jaga empat cucu yatim piatu

Nenek galas tugas jaga empat cucu yatim piatu

RAMLAH Hasan (dua dari kiri) bersama tiga daripada empat cucu di rumahnya Kampung Betong, Hulu Terengganu. – FOTO/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang nenek berusia 73 tahun me­ngambil tanggungjawab menjaga empat cucu yatim piatu selagi mempunyai kudrat.

Ramlah Hasan dari Kampung Betong di sini tidak pernah mengeluh memikul tugas berat sebagai ‘ibu bapa’ buat cucu-cucunya iaitu Wan Rizqi Aidam Firdaus, 2, Wan Syaza Aliya, 8, Wan Syaza Qistina,12, dan Wan Asrul Afzan,15.

Menurut Ramlah, menantu­nya, Mazalina Mohd. Baru me­ning­gal dunia akibat sakit jantung lebih dua tahun lalu, sebelum diikuti anaknya, Wan Saifulnizam Wan Satar pada awal bulan ini disebabkan lelah.

“Sebelum ini mereka seke­luarga tinggal berasingan di kampung ini, namun selepas menantu meninggal dunia, anak saya pulang tinggal bersama di rumah ini. Setelah kehilangan ibu, cucu-cucu saya kini hilang tempat bergantung apabila ayah mereka pula pergi buat selamanya.

“Walaupun saya sendiri se­ring sakit disebabkan faktor usia tetapi tidak akan sesekali serahkan semua cucu-cucu saya kepada sesiapa atau pisahkan adik-beradik ini. Empat cucu ini adalah amanat, tanggungjawab saya jaga serta curahkan kasih sayang untuk mereka.

“Syukur, anak-anak saya yang lain juga banyak membantu menguruskan cucu-cucu saya ini. Saya juga sudah melengkapkan proses bagi memohon bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat,” katanya ketika di­temui di rumahnya di Kampung Betong di sini, semalam.

Sementara itu, Wan Asrul Afzan berkata, sebagai anak sulung, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan dan menjaga adik-adiknya dengan baik.

Orang ramai yang ingin hulurkan sumbangan boleh hubungi Wan Asrul Afzan di talian 014-2843363 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150029000179129 atas nama Ramlah Hasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya