NAMA Zainudin Rashid, 64, cukup dikenali di pusat bandar raya Kuantan, Pahang kerana sejak 1980-an, dia telah berkhidmat sebagai tukang kasut.
Lokasi Zainuddin atau lebih dikenali Pak Din membaiki kasut di Jalan Mahkota di Kuantan, Pahang sering dikunjungi orang ramai untuk membaiki kasut bukan sahaja kerana kemahirannya, malah keramahan serta personalitinya yang tidak sombong serta mesra pelanggan.
Kebolehan Pak Din juga tidak boleh dipertikai kerana dia mempunyai sijil penukang kasut.
Difahamkan, ekoran kemahiran dan kejujuran Pak Din sebagai tukang kasut, dia dipilih menjadi ikon mural menghiasi dinding utama di pusat bandar raya Kuantan. – UTUSAN