Mungkin dia tak pernah makan jamu saya - Tya Arifin

Mungkin dia tak pernah makan jamu saya – Tya Arifin

"Alhamdulillah, berdasarkan testimoni pengguna, ramai yang memaklumkan bahawa jamu Mutyara rasanya sedap, tidak pa­hit seperti yang didakwa." - Tya Arifin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan, pelakon dan penyanyi, Tya Arifin tampil menjelaskan tentang dakwaan seorang netizen yang menuduh produk jamu Mutyara yang dihasilkannya pahit dan tidak sedap.

Kata menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, dia sedikit terkesan dengan dakwaan berkenaan yang baginya tidak relevan dan tak berasas.

“Memang saya agak sedih dengan dakwaan tersebut. Mungkin individu terbabit tak pernah makan jamu saya. Bila ditanya sama ada dia pernah rasa jamu Mutyara, dia mendiamkan diri.

“Alhamdulillah, berdasarkan testimoni pengguna, ramai yang memaklumkan bahawa jamu Mutyara rasanya sedap, tidak pa­hit seperti yang didakwa.

“Bahkan selepas isu itu timbul, kami berikan 10,000 pek jamu Mutyara secara percuma bagi mendapatkan maklum balas pengguna. Alhamdulillah, rata-rata mengatakan rasanya sedap,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tya berkata demikian sele­pas Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran PTTI Group di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Tya juga memaklumkan sebagai penga­sas dia perlu tampil menjelas apa-apa kekeliruan berkenaan produk dihasilkannya.

Katanya, tindakan itu pen­ting bagi memastikan pengguna mendapat maklumat tepat tentang jamu Mutyara.

“Saya yakin dengan produk yang saya hasilkan, yang mana ia adalah jamu moden yang sedap diminum dan berkhasiat.

“Sebagai pengasas, saya tak boleh berdiam apabila dakwaan-dakwaan ini timbul.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk tampil menjelaskan kepada pengguna, jamu Mutyara baik untuk tenaga wanita dan tidak pahit seperti didakwa,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya