MRM pergiat program cipta reka bentuk jenama sendiri

MRM pergiat program cipta reka bentuk jenama sendiri

LIM Ban Hong (tengah) bersama para penerima pensijilan Pereka Perindustrian Bertauliah (CIDe) pada Majlis Penganugerahan Malaysia Good Design 2021 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) perlu memainkan peranan lebih agresif menerusi program mencipta reka bentuk sendiri sebagai jenama sendiri (Creating Own Design as Own
Brand) bagi membantu industri tempatan dengan memberikan khidmat nasihat dan perundingan reka bentuk.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, selain itu, MRM disaran membimbing syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam menambah baik reka bentuk produk mereka.

Ini kerana katanya, berdasarkan pendekatan semasa industri tempatan, masih ramai dalam kalangan pemain industri yang mengamalkan pendekatan Original Equipment Manufacturer (OEM) kepada Original Brand Manufacturer (OBM) walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen galakan transformasi kepada OBM.

“Justeru, kementerian berharap dengan adanya bimbingan reka bentuk atau elemen reka bentuk yang diperjuangkan oleh MRM, lebih banyak industri terutama dalam kalangan PKS memahami
kepentingan reka bentuk dan menitikberatkan elemen reka bentuk dalam penghasilan produk mereka dan seterusnya dapat melonjakkan lagi prestasi eksport syarikat masing-masing.

“Program-program turun padang dan outreach perlu ditambah ke seluruh negara  bagi mempertingkat kesedaran kepentingan reka bentuk yang berkualiti ke arah memperbaiki prestasi perniagaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Malaysia Good Design (MGDA) 2021 dan Pereka Perindustrian Bertauliah (CIDe) anjuran MRM di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, berlaku peningkatan dalam trend permohonan pengiktirafan MGDA sejak lima tahun kebelakangan ini dengan bilangan produk yang memohon meningkat dari 107 produk pada 2015 kepada 326 produk pada 2018.

Katanya, pada 2020 dan tahun lalu, sebanyak 252 produk daripada pelbagai kategori diterima untuk penilaian dan dari jumlah tersebut sebanyak 26 produk daripada 19 syarikat didapati menepati
spesifikasi sekali gus layak menerima pengiktirafan MGDA 2021.

Antara 13 kategori reka bentuk tersebut merangkumi produk seperti ruang tamu dan bilik tidur, peralatan rumah, dapur dan bilik air, aktiviti masa lapang, hobi dan sukan, seni bina dan persekitaran, produk industri, kawasan umum dan kenderaan, perdagangan dan pesta jualan serta pembungkusan.

Sementara itu, Pengarah MRM, Sulaiman Arshad berkata, pengiktirafan MGDA memberi gambaran industri reka bentuk negara sentiasa berkembang pesat serta memiliki kepakaran ampuh dalam penghasilan produk siap dan menepati ciri-ciri reka bentuk yang baik.

Tambahnya, buat julung kali, MRM menyampaikan pensijilan CIDe kepada 16 penerima yang mana program tersebut dibangunkan oleh Jawatankuasa Projek Reka Bentuk Perindustrian dan dikawal selia oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya