MOTAC tidak boleh kawal visa furada - Utusan Malaysia

MOTAC tidak boleh kawal visa furada

Nancy Shukri (tengah) menandatangani plag perasmian sebagai simbolik sewaktu Majlis Pelancaran Hotel Mardhiyyah di Shah Alam, Selangor. -UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pengeluaran visa furada untuk bakal jemaah haji yang mahu berlepas ke Tanah Suci tanpa melalui penggiliran daripada Tabung Haji.

Visa tersebut sebaliknya ditentukan sendiri oleh Kerajaan Arab Saudi melalui kedutaannya sementara MOTAC hanya menguruskan hal berkaitan pelancongan dan umrah ke Mekah.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementeriannya tidak dapat mengambil tindakan terhadap isu berkaitan visa furada walaupun menyebabkan hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

“Dalam hal (visa furada), tiada mengena dengan kita (MOTAC) mahu pun kerajaan kita.

“Ia adalah dengan kedutaan Arab Saudi. Mereka beri visa furada dan ia luar daripada tanggungan kita,” katanya pada pemberita selepas pelancaran Mardiyyah  Hotel and Suites, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui isu penipuan visa furada berlaku setiap tahun namun tidak boleh mengambil tindakan terhadap agensi pelancongan yang terkait tanpa apa-apa bukti.

Sebelum ini, hampir 400 bakal jemaah haji yang menggunakan visa furada terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Ekoran itu, lima individu terdiri dua lelaki dan tiga wanita itu berusia 30 hingga 50 tahun ditangkap dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu sebelum direman untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya