Motac mohon 34,000 pekerja asing

Motac mohon 34,000 pekerja asing

Negara memerlukan 34,000 pekerja asing bagi tempoh 2022 hingga 2024 untuk menampung kekurangan tenaga kerja dalam sektor perhotelan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) telah memohon sebanyak 34,000 pekerja asing tempoh 2022 hingga 2024 bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam sektor perhotelan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, permohonan yang dibuat kepada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu melibatkan pengisian dalam kekosongan pekerjaan antaranya ‘housekeeping’ dan tukang urut.

“Dalam masa yang sama, kita juga ada melaksanakan tindakan segera seperti menganjurkan karnival kerjaya untuk membolehkan pekerja tempatan dalam negara ini memohon dalam sektor terbabit,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu langkah diambil bagi mengatasi kekurangan pekerja dalam sektor perhotelan bagi memperkasakan pelancongan Islamik di negara ini.

Terdahulu, Nancy memaklumkan Malaysia menawarkan kemudahan dan perkhidmatan serta produk mesra muslim yang menarik seperti kemudahan solat yang selesa dan di lokasi yang mudah, pilihan makanan halal serta penginapan mesra muslim

Katanya, bagi konteks industri pelancongan negara, Malaysia telah menerima kehadiran seramai 5.32 juta pelancong Muslim pada tahun 2019, dengan anggaran pendapatan sebanyak RM16.72 bilion. 

“Statistik ini membuktikan bahawa pasaran pelancong Islam adalah luas dan Malaysia tidak harus ketinggalan untuk mengambil peluang untuk meraih manfaat daripada potensi pasaran ini. Motac juga mempunyai agensi khas dalam memperkenalkan konsep Pelancongan Islam di Malaysia dan antarabangsa, iaitu Islamic Tourism Centre (ITC).

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, ITC telah berjaya membawa Malaysia menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa antaranya Malaysia dinobatkan sebagai Destinasi Pilihan Nombor 1 Mesra Muslim di dunia sejak 2011 hingga tahun ini.

“Selain itu Malaysia juga dinamakan sebagai negara yang mempunyai ekosistem ekonomi Islam paling maju di dunia bagi sektor pelancongan halal sejak 2014,” katanya bagi menjawab soalan Shaharizukirnain Abd. Kadir (Pas-Setiu) yang ingin tahu sejauh mana konsep pelancongan Islamik diketengahkan dalam memajukan sektor pelancongan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya