MN perkara lepas, nak patah balik lambat nak jadi – Mahdzir - Utusan Malaysia

MN perkara lepas, nak patah balik lambat nak jadi – Mahdzir

MADHZIR KHALID (tiga dari kanan) mengibarkan bendera bagi merasmikan Karnival Sukan KPLB 2022 pada Majlis Perhimpunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Bulan Julai Tahun 2020 di Dewan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Muafakat Nasional (MN) melibatkan UMNO dan Pas tidak perlu diungkit lagi kerana gabungan itu  telah ‘berlalu’.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, politik adalah sesuatu yang dinamik, iaitu apabila perkara telah lepas berlaku, untuk berpatah balik penghasilannya lambat akan menjadi.

“Saya fikir benda itu (MN) perkara sudah lepas dah.. sudah lepas lebih setahun. Waktu itu betullah ada MN dan Bersatu ada cadangan pada waktu itu MN Plus dan macam-macam cadangan.

“Tetapi benda itu sudah lepas kerana apabila Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan dah daftar.. sudah lepas benda itu (MN),” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Bulan Julai Tahun 2020 di Dewan Kejora, Bandar Penawar, dekat sini hari ini.

Muhyiddin  Pengerusi PN sebelum ini dilapor menyatakan bahawa gabungan tiga parti terbesar Melayu, iaitu Bersatu, Pas dan UMNO mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan selesa jika penubuhan MN menjadi realiti.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, penubuhan MN pada masa ini seolah-olah kabur kerana penolakan UMNO meskipun jemputan menyertai gabungan berkenaan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa sikap pemimpin UMNO yang menyebabkan penubuhan MN tertangguh, Mahdzir berkata, perkara itu lebih baik tidak dibahas lagi.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berpendapat Barisan Nasional (BN) boleh bergerak solo mengharungi  PRU15.

“Saya punya pandangan peribadi dan tidak ambil pandangan parti, setakat ini saya ingat BN dalam perkiraan pilihan raya atas sifat solo. Bagaimanapun, ia terpulang kepada keputusan parti,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya