Mayat ketiga kepala air ditemukan

Mayat ketiga kepala air ditemukan

MAYAT ketiga tragedi kepala air yang ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 11.55 pagi di Kampung Iboi, Baling di sini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Mayat ketiga tragedi kepala air yang dihanyutkan banjir lumpur di Kampung Iboi, di sini ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 11.55 pagi ini.

Mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, turut ditemukan di bawah timbunan pokok dan tidak jauh daripada mayat ibunya, Salmah Mat Akib, 53, dan kakak iparnya, Nurul Anis Abu Hassan, 23.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat ketiga itu juga ditemukan dalam keadaan sempurna dan tiada kecederaan luar.

Terdahulu, mayat Salmah dan Nurul Anis ditemui anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi iaitu kira-kira 100 meter dari tapak rumah mereka.

Kedua-dua mayat ditemui selepas anggota bomba ternampak kaki salah seorang mangsa di bawah timbunan pokok berkenaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya