Mara luluskan RM200 juta bantu usahawan

Mara luluskan RM200 juta bantu usahawan

Azizah Mohd. Dun (tengah) melawat perusahaan automotif, AKG Autoworks yang diusahakan oleh Norain Sarib di Kota Masai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat ini.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun berkata, jumlah itu meliputi separuh daripada peruntukan RM400 juta yang disediakan Mara bagi membantu golongan usahawan pada tahun ini.

Justeru, beliau menggalakkan lebih ramai usahawan berurusan dengan Mara bagi mendapatkan bantuan pinjaman sama ada untuk membuka perniagaan baharu atau mengembangkan perniagaan.

“Setakat ini, separuh daripada peruntukan yang disediakan telah disampaikan kepada usahawan yang memohon. Jadi, kita mahu lebih ramai usahawan, khususnya di luar bandar ambil peluang ini untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Selain itu, mereka juaga boleh mengikuti program yang dianjurkan oleh Mara bagi meningkatkan ilmu perniagaan termasuk bidang pendigitalan sebagai nilai tambah buat mereka,” katanya selepas melawat perusahaan automotif, AKG Autoworks milik usahawan wanita, Norain Sarib di Kota Masai, dekat sini.

Bagi program pembangunan usahawan, Mara memberi fokus terhadap lima industri, iaitu bidang automotif, makanan dan minuman, perkhidmatan, pembinaan dan gaya hidup. 

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian bagi mendapatkan pinjaman perniagaan tersebut selain geran yang turut disediakan.

Azizah berkata, skim Dananita juga disediakan bagi membantu usahawan wanita di seluruh negara daripada segi bantuan kewangan dan kemudahan lain.

“Menerusi skim ini, usahawan wanita boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM150,000 bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Ini sebagai galakan untuk membantu usahawan wanita berniaga.

“Kita akan berusaha untuk memperkasakan usahawan wanita yang semangat tinggi menaikkan taraf hidup. Harapan saya lebih ramai usahawan wanita dapat dibantu di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu

Azizah Mohd. Dun berkata,  kilang yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan itu mampu melonjakkan pengeluaran industri halal di negeri ini. 

Katanya, hab halal Mara yang pertama di negeri ini merupakan inisiatif yang baik bagi membuka ruang kepada para usahawan, khususnya dalam pengeluaran produk makanan halal.

“Ketika negara berdepan dengan masalah sekuriti makanan, ini adalah langkah yang sesuai untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang bukan sahaja mampu memasarkan produk makanan bagi pasaran tempatan, malah menembusi pasaran luar.

“Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan hab halal Mara di negeri lain yang memberikan kemudahan kepada pengusaha mendapatkan pensijilan halal daripada pihak berwajib.

“Industri makanan halal mempunyai potensi yang besar selain permintaan yang tinggi. Jadi, kita perlu mengambil peluang ini untuk meneroka sektor pembuatan makanan ini,” katanya selepas melawat perusahaan automotif, AKG Autoworks milik usahawan wanita, Norain Sarib di Kota Masai, di sini.

Azizah berkata, hab halal di Parit Sulong itu nanti akan dilengkapi dengan fasiliti lengkap dan menepati ciri-ciri  serta kehendak pihak berwajib yang perlu dipenuhi untuk memperoleh sijil halal.

Dalam pada itu, Azizah memberitahu, Mara Johor menerima peruntukan sebanyak RM30 juta pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 usahawan.

Mara menjangkakan lebih ramai usahawan, khususnya di luar bandar yang akan memohon kemudahan ditawarkan dalam fasa pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

 Azizah Mohd. Dun berkata,  kilang yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan itu mampu melonjakkan pengeluaran industri halal di negeri ini. 

Katanya, hab halal Mara yang pertama di negeri ini merupakan inisiatif yang baik bagi membuka ruang kepada para usahawan, khususnya dalam pengeluaran produk makanan halal.

“Ketika negara berdepan dengan masalah sekuriti makanan, ini adalah langkah yang sesuai untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang bukan sahaja mampu memasarkan produk makanan bagi pasaran tempatan, malah menembusi pasaran luar.

“Ini dapat dibuktikan menerusi kewujudan hab halal Mara di negeri lain yang memberikan kemudahan kepada pengusaha mendapatkan pensijilan halal daripada pihak berwajib.

“Industri makanan halal mempunyai potensi yang besar selain permintaan yang tinggi. Jadi, kita perlu mengambil peluang ini untuk meneroka sektor pembuatan makanan ini,” katanya selepas melawat perusahaan automotif, AKG Autoworks milik usahawan wanita, Norain Sarib di Kota Masai, di sini.

Azizah berkata, hab halal di Parit Sulong itu nanti akan dilengkapi dengan fasiliti lengkap dan menepati ciri-ciri  serta kehendak pihak berwajib yang perlu dipenuhi untuk memperoleh sijil halal.

Dalam pada itu, Azizah memberitahu, Mara Johor menerima peruntukan sebanyak RM30 juta pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 usahawan.

Mara menjangkakan lebih ramai usahawan, khususnya di luar bandar yang akan memohon kemudahan ditawarkan dalam fasa pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN