LRA Sungai Dua terus operasi pada kapasiti optimum - Utusan Malaysia

LRA Sungai Dua terus operasi pada kapasiti optimum

LRA Sungai Dua di Pulau Pinang terus beroperasi pada kapasiti optimum dan tiada ancaman penutupan berulang setakat ini sehingga boleh menyebabkan gangguan bekalan air seperti didakwa dan tular di dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua terus beroperasi pada kapasiti optimum dan tiada ancaman penutupan LRA Sungai Dua setakat ini.

Menurut kenyataan PBAPP, pihaknya sedia maklum terdapat beberapa hantaran dan mesej di dalam media sosial Facebook yang mendakwa kekeruhan air mentah yang tinggi dari Sungai Muda semalam boleh menyebabkan berulangnya henti tugas di LRA Sungai Dua.

”Bagaimanapun, LRA Sungai Dua terus beroperasi pada kapasiti optimum hari ini. Data menunjukkan tiada ancaman penutupan LRA Sungai Dua.

”Kekeruhan semasa air mentah dari Sungai Muda ialah 66.7 Unit Kekeruhan Nephelometric (NTU) setakat pukul 5 petang semalam dan keluaran pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua ialah 994 juta liter/hari (MLD),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

NTU merujuk kepada kepekatan pepejal terampai di dalam air. Bacaan melebihi 3,000 menyebabkan air mentah tidak boleh dirawat.

Isnin lalu, PBAPP mengumumkan bekalan air telah pulih sepenuhnya di seluruh negeri ini selepas enam hari gangguan disebabkan oleh penutupan sementara LPA Sungai Dua.

Penutupan sementara LPA Sungai Dua Rabu minggu lalu itu disebabkan kekeruhan air mentah yang luar biasa tinggi dari Sungai Muda berikutan banjir di Baling, Kedah.

Susulan penutupan LRA Sungai Dua itu mengakibatkan 80 peratus, atau 528,000, daripada jumlah 660,000 pemegang akaun di seluruh negeri ini terputus bekalan air.

Kenyataan itu berkata, PBAPP sentiasa memantau kualiti air mentah dari Sungai Muda dan akan mengeluarkan notis segera jika kekeruhan air mentah dari sungai itu melebihi paras ‘selamat’ yang akan menjejaskan operasi LRA Sungai Dua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya