Lori rempuh 12 kenderaan di Tambak Johor

Lori rempuh 11 kenderaan di Tambak Johor

TANGKAP layar memaparkan sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan di Tambak Johor menghala ke Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Para pengguna Tambak Johor gempar dan panik apabila sebuah lori yang dalam perjalanan menuju ke Singapura melalui kawasan itu tiba-tiba merempuh beberapa buah kenderaan.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 9.25 pagi itu, semua pemandu dan penumpang 12 kenderaan yang dilanggar lori tersebut bernasib baik apabila tiada yang mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berpunca daripada kerosakan teknikal lori itu yang membawa muatan habuk kayu.

“Kemalangan melibatkan 12 buah kenderaan, enam berdaftar di Malaysia dan enam yang lain bernombor pendaftaran Singapura. Kenderaan yang terlibat adalah masing-masing sebuah lori, bas dan van serta sembilan buah kereta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurutnya, pemandu lori berusia 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular dalam media sosial  video berdurasi 17 saat memaparkan sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan di Tambak Johor menghala ke Singapura.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, kemalangan tersebut  disiasat mengikut Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan (ICOP) 2010.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan siasatan berkenaan, manakala pihak polis membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori tersebut. Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, setelah JPJ melengkapkan audit ICOP. 

“Ini termasuk menggantung lesen GDL pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Pihak MIROS pula akan menyiasat daripada aspek teknikal untuk mencari punca kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya