Logo baharu PN: Pas secara dasar bersetuju - Utusan Malaysia

Logo baharu PN: Pas secara dasar bersetuju

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas secara dasarnya bersetuju dengan penggunaan logo baharu Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan logo baharu PN akan dibincangkan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.

Pada masa sama, menurutnya, pemimpin tertinggi Pas juga akan mengadakan mesyuarat berhubung penggunaan logo baharu itu.

“Kita (Pas) akan bincang (logo baharu PN) bersama Bersatu dalam masa  terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di sini, hari ini. 

Pada 11 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan PN akan mengubah suai dan menambah baik logo PN sedia ada termasuk kemungkinan menggunakan simbol parti-parti yang ada dalam gabungan itu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, cadangan itu bagi menjadikan logo baharu PN lebih baik dan lebih sesuai dengan gabungan itu.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, persetujuan Pas menggunakan logo PN baharu itu selepas ini juga tidak bermakna parti itu menolak Muafakat Nasional (MN).

“MN terus (jalin hubungan), Pas membawa agenda perpaduan ummah, (Pas) tidak berganjak.

“Masalah logo itu (sekiranya MN bersama PN) dibincangkan kemudian, Pas bersama semua sekali, MN dan PN,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambahnya, Pas dan Bersatu serta MN sentiasa mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bagi persediaan menghadapi PRU-15.

“Persediaan (PRU-15) sentiasa dibincangkan walaupun pilihan raya  tidak tahu bila lagi,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya