Lindungi penerbit yang serius- Norman Abdul Halim - Utusan Malaysia

Lindungi penerbit yang serius- Norman Abdul Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim menyarankan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) agar terus melindungi penerbit yang serius dan komited dalam menghasilkan filem berkualiti.

Katanya, tindakan itu perlu untuk membangkitkan semangat penerbit tempatan untuk menghasilkan filem bermutu dan mencapai standard yang ditetapkan.

“Ada filem berkualiti yang dihasilkan dengan nilai produksi yang tinggi dan ada juga filem modal rendah yang tak sepatutnya ditayangkan di pawagam. Di situ kita melihat pentingnya peranan Wajib Tayang.

“Memang kita nak lindungi penerbit dan karyawan, tetapi biarlah kita cari yang benar-benar serius.

“Sebagai pengguna, saya  berpandangan FINAS perlu terus melaksanakan kawalan kualiti, beri galakkan kepada penggiat filem untuk menghasilkan produk yang bermutu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa yang sama, Norman turut menyarankan penggiat yang baharu menapak dalam dunia pembikinan filem agar bermula dari bawah dengan memanfaatkan platform-platform yang ada pada masa kini.

“Kepada yang baru-baru nak belajar tu, saya cadangkan buat rancangan televisyen dahulu atau hasilkan kandungan untuk Youtube untuk jana pendapatan.

“Dalam hiburan, kita tak boleh takrifkan produk itu berkualiti atau sampah. Selagi ada audiens yang suka, maknanya adalah tempatnya. Tak kiralah di Youtube, pawagam, televisyen dan sebagainya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya