Lelaki ditemukan melecur di kepala dan badan

Lelaki ditemukan melecur di kepala dan badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki melecur di kepala dan badan selepas terlibat dalam kejadian kebakaran di sebuah kedai serbaneka di Jalan Reko, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa yang berusia 35 tahun ditemukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor tidak sedarkan diri di tangga kecemasan bangunan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 1.08 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi dan BBP Semenyih ke lokasi kejadian.

“Kami dimaklumkan terdapat kebakaran di stor bangunan kedai tiga tingkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazam berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut.

“Kebakaran itu berjaya dikawal oleh pihak bomba pukul 1.32 petang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya