Lelaki ditahan bantu siasatan cubaan bunuh ibu tunggal

Lelaki ditahan bantu siasatan cubaan bunuh ibu tunggal

MUHAMAD ZAKI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berkait kes ibu tunggal yang koma selepas dipercayai terjatuh dari motosikal semasa bergaduh dengan kenalan lelakinya di Taman Sepakat Padang Pak Amat dekat Pasir Puteh, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, ibu tunggal itu yang berusia 35 tahun mengalami pendarahan dalam kepala, patah tulang rusuk dan tulang selangka kanan sedang menerima rawatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian suspek yang merupakan buruh binaan berusia 33 tahun menunggang motosikal jenis Modenas dipercayai mengejar mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian, suspek dipercayai menarik tangan mangsa untuk meminta agar memberhentikan motosikal ditunggangnya.

“Insiden itu menyebabkan motosikal yang ditunggang ibu kepada dua anak itu hilang kawalan sebelum terbabas di tepi jalan.

“Suspek telah membawa mangsa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum wanita itu dipindahkan ke HUSM, Kubang Kerian akibat kecederaan parah yang dialaminya,” katanya pada sidang akhbar pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Kursus Tempur Jarak Dekat Siri 1/2022, Kontinjen Kelantan di Lapang Sasar Bukit Pak Junuh, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, berdasarkan laporan yang diterima berhubung kejadian itu, polis terus bertindak menahan suspek di rumahnya di Pasir Puteh pada hari yang sama.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Tiada maklumat lanjut berhubung punca kejadian tersebut kerana mangsa masih berada dalam keadaan koma. 

“Kita sedang menunggu wanita itu sedar untuk siasatan terperinci selepas ini,” ujarnya.

Muhamad Zaki, suspek juga ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga hari ini dan polis akan memohon tempoh lanjutan reman untuk menyiasat kes tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN