KANGAR: Polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai penyeludup akan berusaha membawa masuk biji benih ganja ke negara ini kerana ia lebih senang disembunyikan dan kurang berisiko berbanding membawa daun atau ganja yang sudah diproses. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, menyeludup pokok ganja melalui sempadan dan jalan tikus juga memerlukan kemudahan logistik bagi memastikan pokok sentiasa terdedah kepada cahaya matahari dan itu memungkinkan ia dilihat oleh penduduk tempatan. Katanya, peningkatan aktiviti penyeludupan dadah adalah berdasarkan permintaan penagih-penagih tempatan dan apabila permintaan bertambah, penyeludup dan pengedar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya