Lebih 160,000 terima dos penggalak kedua

Lebih 160,000 terima dos penggalak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 163,599 atau 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima vaksin di negara ini menerima dos penggalak kedua Covid-19, setakat semalam.

Berdasarkan laman CovidNow, jumlah itu melibatkan 163,405 individu dewasa berusia 18 tahun ke atas, 84,238 warga emas, 182 remaja berumur 12 hingga 17 tahun dan 12 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. 

Selain itu, sebanyak 3,264 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 35,882 kes. 

Daripada jumlah kes aktif itu, 34,659 individu atau 96.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 24 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). 

Selain itu, 1,156 atau 3.2 peratus lagi dirawat di hospital dengan 43 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 26 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 2,703 kes sembuh pula direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,524,281 kes. 

Sejumlah dua kes kematian juga dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan kes kematian adalah 35,811 kes.  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya