Lebih 1,300 barangan tiruan dirampas di Terengganu

Lebih 1,300 barangan tiruan dirampas di Terengganu

SEORANG anggota penguat kuasa KPDNHEP memeriksa barangan yang disyaki tiruan di sebuah premis perniagaan di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas lebih 1,300 barangan tiruan bernilai RM27,612 dalam tiga serbuan di negeri ini, semalam.

Pengarah KPDNHEP negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata, serbuan berkenaan dibuat terhadap dua premis di daerah ini dan satu di Marang yang disyaki menjual barang tiruan.

Katanya, enam lelaki tempatan berusia 20-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari semalam,  kami merampas 105 unit beg tangan, dompet dan selipar serta 1,232 botol minyak wangi yang dipercayai dipakaikan cap dagangan secara salah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya