KUANTAN: Terbiar usang lebih 10 tahun lalu sehingga menyeramkan penduduk. Demikian ‘nasib’ satu blok kuarters pendidikan yang dibina dengan kos jutaan ringgit di Felda Bukit Goh di sini, menjadi antara contoh kuarters guru yang terbiar dan turut dilaporkan di beberapa negeri lain. Keadaan bangunan empat tingkat itu cukup menyedihkan sehingga ditumbuhi pokok besar di tingkat dua dan berkulat akibat tiada penyelenggaraan. Difahamkan, kawasan kuarters terbiar tersebut menjadi sarang penagih dadah dan dimasuki pencuri sehingga kipas, lampu, kepala paip, jeriji serta peralatan lain dicuri dan dirosakkan. Lokasi terbabit juga difahamkan turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya