Konvensyen BN Selangor fokus resolusi rampas semula negeri

Konvensyen BN Selangor fokus resolusi rampas semula negeri

NOH Omar merasmikan merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Tanjong Karang 2022 dekat STDC di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor memfokuskan strategi dan resolusi parti komponen untuk merampas semula negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penganjuran konvensyen tersebut juga meliputi forum oleh ahli panel terdiri daripada tokoh ekonomi daripada kaum Melayu, India dan Cina yang akan berlangsung selama sehari di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam, 31 Julai ini.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, lebih 500 ahli daripada parti komponen BN di setiap Parlimen dijangka menghantar wakil ke konvensyen itu.

“Kita kemudian akan membincangkan hasil forum berkenaan dengan menghasilkan satu resolusi berkaitan BN di Selangor. Ia sudah tentunya memfokuskan bagaimana cara untuk kita merampas dan memenangi semula negeri ini dalam PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Tanjong Karang 2022 di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) hari ini.

Jelas Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, konvensyen itu turut menjadi platform bagi semua perwakilan dan ahli menzahirkan pandangan serta pendapat masing-masing.

“Jentera kita (parti) sememangnya sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya. Kita kini hanya mahu memperkukuh lagi pergerakan jentera sedia ada di negeri ini,” ujarnya.

Tambah beliau, konvensyen itu bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN