Ketepikan soal jadi calon, fokus pada rakyat - Mas Ermieyanti - Utusan Malaysia

Ketepikan soal jadi calon, fokus pada rakyat – Mas Ermieyanti

MAS Ermieyanti Samsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingat supaya tidak ghairah untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semata-mata sebaliknya mereka perlu memberi tumpuan kepada masalah rakyat terutama ketika peningkatan kos sara hidup.

Naib Ketua Srikandi Datuk Mas Ermieyanti Samsudin berkata, permasalahan rakyat perlu diberikan fokus utama kerana cabaran PRU15 berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

“Rakyat hari ini sudah bijak untuk membuat penilaian dalam memilihan parti mana yang mampu membela nasib mereka nanti.

“Nasihat saya kepada semua Srikandi agar terus berkhidmat kepada masyarakat dan selain memperkasakan gerak kerja diseluruh akar umbi,” katanya selepas majlis minum petang bersama Srikandi Bersatu Kelantan di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyanti memberitahu, Bersatu memberi sokongan tidak berbalah bahagi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menangani masalah isu kos sara hidup rakyat ketika ini.

Katanya, semua parti dalam blok Perikatan Nasional (PN) juga telah memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri terutama ketika berdepan dengan isu kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi.

“Bersatu berharap Perdana Menteri tabah dan cekal menghadapi masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat dengan pelbagai isu termasuk kenaikan harga barang.

“Saya pasti bukan mudah untuk menangani isu yang pelbagai dengan kos barang yang meningkat, Perdana Menteri kena cekal dan tabah untuk berdepan dengan cabaran berkenaan,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya