Ketengah cadang tubuh anak syarikat perlombongan bijih besi

Ketengah cadang tubuh anak syarikat perlombongan bijih besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bercadang menubuhkan sebuah anak syarikat baharu bagi menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, di sini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, anak syarikat tersebut akan bekerjasama dengan syarikat berpengalaman dalam industri perlombongan bijih besi bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak dan menguntungkan.

AHMAD SAID

Menurutnya, sebelum ini, aktiviti perlombongan bijih besi di kawasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada syarikat perlombongan dan hasil diperoleh Ketengah pula rendah.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengarahkan Ketengah Holdings Sdn. Bhd. menyediakan kertas kerja penubuhan anak syarikat baharu itu untuk dibentangkan pada mesyuarat pengurusan agensi itu pada Ogos depan.

“Syarikat perlombongan itu sebelum ini mengisytiharkan dapat mengeluarkan biji besi sebanyak 400 metrik tan dengan perolehan pendapatan kira-kira RM300 juta setahun.

“Bagaimanapun, hasil pengeluaran bijih besi dan perolehan pendapatan akan lebih tinggi sekiranya aktiviti perlombongan itu dijalankan sendiri pihak Ketengah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang  2021 Ketengah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, di sini hari ini. 

Pada majlis itu, Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyampaikan anugerah tersebut kepada seramai 29 orang warga Ketengah yang terpilih.

Ahmad memberitahu, pihaknya juga menerima banyak permohonan daripada syarikat yang berminat menjalankan kerja-kerja perlombongan bijih besi di kawasan tersebut tetapi ditolak kerana ingin diusahakan sendiri.

“Pada masa ini, sebanyak lima peratus kawasan yang mempunyai biji besi tersebut yang masih belum diterokai lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya