Kerusi MCA bergantung rundingan komponen BN

Kerusi MCA bergantung rundingan komponen BN

MAH Hang Soon (enam dari kanan) merasmikan Pejabat Penyelaras MCA Parlimen Tanjung Malim di Taman Chit Loong, Bidor dekat Tanjung Malim semalam. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pertambahan atau pengambilalihan kerus ditandingi MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bergantung kepada rundingan bersama rakan komponen Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, keutamaan parti itu adalah memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja calon yang diumumkan mewakili BN bertanding PRU15.

Katanya, semua parti komponen juga perlu memastikan kemenangan BN pada PRU15 bagi membolehkan membentuk kerajaan lebih stabil bersama parti komponennya.

“Perkara mengenai rundingan kerusi dan sebagainya, sepertimana tradisi BN, itu akan dirundingkan dan saya tidak perlu mengulas lebih lanjut kerana yang penting sesiapa pun calon diketengahkan daripada parti komponen BN itulah calon kita.

“Itu sangat penting bermaksud setiap calon tidak kira daripada parti komponen mana, hendaklah diberikan sokongan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan memihak kepada kita, tidak kira untuk Parlimen atau DUN,” katanya kepada pemberita pada Pelancaran Pejabat Penyelaras MCA Parlimen Tanjung Malim di Taman Chit Loong, Bidor di sini semalam.

Beliau ditanya sama ada MCA mengintai kerusi ditinggalkan Gerakan selepas parti itu meninggalkan BN, sekali gus menambah kerusi untuk ditandingi MCA pada PRU15.

Hang soon turut mengingatkan meskipun sokongan rakyat kembali kepada BN berdasarkan beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN), jentera parti mesti terus bekerja keras untuk memastikan momentum tersebut kekal.

“Satu konsep yang sangat penting saya telah terangkan, kita pernah mengharungi cabaran yang besar sebelum ini khususnya di negeri Perak ketika berlakunya perubahan pada tahun 2008, perit dan pahitnya kita lalui bersama.

“Sudah tentunya asam garam manis pahit kita lalui bersama itulah saya tekankan konsep intipati slogan yang diketengahkan dalam ulang tahun ke-48 BN iaitu kesetiaan, setiakawan untuk memastikan kemenangan besar kepada BN untuk membentuk satu kerajaan yang stabil,” katanya.

Sementara itu, Hang Soon turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melantik beliau sebagai Penyelaras Parlimen Tanjung Malim dan kepada Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang melantiknya sebagai Penyelaras MCA-BN Perak pada 5 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya