Kerosakan pencawang utama Yong Peng punca gangguan- TNB

Kerosakan pencawang masuk utama Yong Peng punca gangguan elektrik – TNB

tnb
KOMPLEKS membeli-belah Suria KLCC turut terjejas akibat bekalan elektrik terputus kira-kira tiga jam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati gangguan bekalan yang bermula pada pukul 12.39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di pencawang masuk utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

TNB memaklumkan pihaknya berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada pukul 3.02 petang.

“Kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB.

“Siasatan TNB mendapati gangguan bekalan yang bermula pada pukul 12:39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di PMU Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

“Ia telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, TNB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.

“Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya