Kerjasama politik, musuh hanya BN - Salahuddin - Utusan Malaysia

Kerjasama politik, musuh hanya BN – Salahuddin

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti politik, khususnya dalam blok pembangkang perlu bergabung menentang satu musuh, iaitu Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan, Pakatan Harapan (PH) masih mengambil pendirian sama, iaitu bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan parti politik yang ingin menyertai blok berkenaan.

“Saya hendak jelaskan menjelang PH hadapi Pilihan Raya Umum ini, jika ada mana-mana parti politik lain yang ingin bersama kita perlu ada persefahaman yang jelas. Sekiranya boleh kita mahukan pertembungan ‘one on one‘, kita mahu hadapi hanya satu musuh politik, iaitu BN dalam PRU akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Amanah Negeri Johor di Hotel Trove, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, PH tidak boleh mengambil pendirian seperti Perikatan Nasional (PN) yang akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh buat macam PN kerana itu akan memberikan masalah kepada kita. PH secara jelas bahawa kita sudah ada perjanjian kita dan kalau ada mana-mana parti yang hendak berbincang, kita boleh bincang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya