TAMPIN: Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak dalam kejadian di Gemas di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang tadi melibatkan seorang lelaki berusia awal 30-an yang merupakan seorang guru.
“Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut hendak mengisi minyak di pam nombor dua di stesen minyak tersebut. Dia hendak membetulkan kedudukan kereta di kawasan petak bagaimanapun telah terpijak pedal minyak dengan kuat lalu merempuh ke dalam premis kedai.
“Kenderaan itu juga telah terlanggar seorang lelaki yang sedang membeli barang runcit di dalam premis tersebut dan lelaki tersebut telah mendapat luka luka kecil. Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan dalam premis,” katanya dalam kenyataan.- UTUSAN