Kerajaan rayu kes terpotong kepala zakar

Kerajaan rayu kes terpotong kepala zakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya untuk membayar ganti rugi RM3.1 juta kepada seorang pemuda yang sebelum ini terpotong kepala zakar ketika bersunat 12 tahun lalu.

Rayuan tersebut telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada 27 April lalu dan pengurusan kes itu ditetapkan pada 27 Julai ini secara dalam talian.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Persekutuan, K. Saravanan yang mewakili Kerajaan Malaysia; Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; Pengarah Hospital; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor selaku defendan ketika dihubungi media hari ini.

Pada 7 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir memerintahkan kesemua defendan untuk membayar mangsa RM3.1 juta selepas membenarkan tuntutan samannya selepas memutuskan bahawa defendan-defendan telah melakukan kecuaian.

Mahkamah membenarkan tuntutan ganti rugi khas sebanyak RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh kesemua defendan.

Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan sebelum ini, insiden malang tersebut berlaku di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis ketika lelaki itu berusia 10 tahun yang mana keseluruhan kepala zakar mangsa terpotong dan penyambungan semula tidak dilakukan tanpa mengikut prosedur yang betul.

Plaintif mendakwa, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Selepas masuk hari ke-35, plaintif berkata, beliau terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.

Menurut penghakiman penuh hakim itu, kelewatan Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang dan beberapa pegawai perubatan termasuk doktor pakar mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan kepala zakar pemuda itu, 12 tahun lalu telah menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa.

“Daripada bertindak untuk menghantar mangsa ke Hospital Selayang dengan cepat, defendan pertama yang merupakan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis menghabiskan masa dengan melakukan perkara remeh temeh.

“Keterangan saksi plaintif dan defendan turut menunjukkan bahawa prosedur yang sepatutnya dilakukan ialah bukannya menyambung semula kepala zakar yang terputus tetapi memelihara kepala zakar terbabit. Penyambungan kepala zakar itu hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah mikro.

“Hospital Selayang pula walaupun telah dimaklumkan mengenai pemindahan mangsa ke hospital itu, tidak mengambil langkah yang sewajarnya untuk melakukan pembedahan. Keterangan saksi juga menunjukkan terdapat kelewatan dalam melakukan pembedahan. Pembedahan hanya dilakukan lebih 10 jam selepas kejadian malang itu berlaku,” ujar hakim itu.

Ujar Hakim Akhtar lagi, ganti rugi dalam bentuk kewangan tidak mampu menampung `kerugian’ yang dialami mangsa namun mahkamah perlu memberikan ganti rugi yang boleh membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga dalam membantunya mendapatkan semula keyakinan untuk bersosial seperti manusia normal lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya